Sunday 13 September 2015

5 PERKARA YANG MENGUJAKAN TENTANG FIFA 16


Setakat artikel ini ditulis ini, EA masih belum mengumumkan tarikh spesifik penjualan FIFA 16. Namun, berdasarkan pengalaman yang lepas penulis mengganggarkan ia bakal dijual di pasaran pada bulan akhir bulan September 2015, dan mungkin tiba di pasaran Malaysia pada awal bulan atau minggu kedua bulan Oktober 2015.
Berdasarkan pengalaman yang lalu, FIFA 13, FIFA 14 dan FIFA 15 mula dijual pada tarikh 23 hingga 25 September, iaitu selepas selesai jendela perpindahan pemain dan semua jersi baru pasukan bertanding sudah disahkan.
Nota Penulis: Biasanya untuk pasaran permainan video dalam rantau ini, semua stok akan tiba di Hong Kong terlebih sebelum diedarkan ke seluruh Asia termasuk untuk pasaran Singapura & Malaysia.
2. Ciri terbaru
gamespace 2
Antara ciri terbaru menarik yang dicanang-canang bakal disertakan dalam FIFA 16 adalah mode karier (career mode) yang disertakan dengan jalan cerita (storyline). Mod ini dikatakan bakal menyamai mod My Player yang disertakan dalam permainan MLB The Show dan NBA 2K15.
Jika dahulu mod ini agak ringkas dan hanya membenarkan anda memilih kelab berubah dari pemain kepada pengurus kelab sesudah bersara, mod terbaru ini bakal menyaksikan anda benar-benar hidup seperti pemain sebenar dan mempunyai jalan ceritanya yag tersendiri. Dalam mod ini, anda dijangka perlu melatih diri sendiri ke arah menjadi pemain bola yang hebat untuk mendapatkan kontrak kelab-kelab besar.
Lebih menarik, laman web EA pernah mengiklankan jawatan Narrative Designer (pereka penceritaan) yang bertanggung jawab untuk memastikan pengalaman pemain digarap dengan baik dalam bentuk sebuah cerita, mempunyai tugas yang besar dalam menentukan kejuaraan pasukan serta memastikan skrip, perbualan yang memberikan kesan emosi yang mendalam kepada pemain.
 3. Versi Percubaan (Beta Version)
fifa16news
Berita baik untuk mereka yang mempunyai akaun EA Access. Terdapat kemungkinan besar yang FIFA 16 versi Beta juga bakal dilancarkan lebih awal dari penjualan permainan yang sebenar. Penulis menjangkakan versi Beta ini akan dilancarkan 5 hari lebih awal dari versi utama dengan 6 jam sesi percubaan, seperti mana yang dilakukan dengan permainan Madden NFL 15 dan FIFA 15 tahun lalu.
Nota penulis: Maaf kepada pemilik PS3, PS4 dan Nintendo ! EA Access hanya diberikan kepada pengguna Xbox One. Pemilik konsol lain tak akan dapat merasa beta version ini. Ia adalah hak ekslusif Microsoft dan EA
 4. Penambah baikan yang perlu dilakukan kepada sistem FUT (FIFA Ultimate Team)
whatculture
Jika anda peminat FIFA seperti penulis, anda akan tahu betapa ketagihnya bermain mod ini dalam permainan FIFA. Tidak keterlaluan jika penulis katakan hampir 80% masa penulis bermain permainan FIFA online adalah dalam mode ini.
FUT adalah ciri paling mengasyikkan dalam permainan FIFA. Terdapat juga desas-desus yang mengatakan bahawa EA mungkin akan mengasingkan ciri ini dari permainan FIFA dan menwujudkan FUT sebagai jenamanya yang tersendiri seperti mana yang berlaku dengan judul FIFA World.
ea
Walau apapun, EA seharusnya menjawab desakan peminat-peminat tegar FUT agar ciri Price Range Update dimansuhkan dalam FIFA 16. Walau bagaimanapun, bukan itu sahaja yang penulis rasakan perlu diperbaiki. Hal-hal lain termasuklah dari segi pemasaran pemain, gameplay dan customization.
Alangkah baiknya jika dalam FUT FIFA 16 terdapat ciri-ciri tambahan kecil lain seperti pembinaan stadium, penciptaan logo dan rekaan jersi sendiri. Mungkin bagi kalian ia ada kedengaran seperti ciri-ciri customization dalam siri PES, namun ia tidak mustahil untuk EA laksanakan. Ia bakal memberi lebih kepuasan kepada pemain.
Nota penulis: baru setengah jam selepas artikel ini ditulis, penulis mendapat update dari Twitter yang FIFA Price Range Update telah dihapuskan sama sekali dalam FIFA 16 !
 5. Konsol
wiiuudaily
Setakat artikel ini ditulis, permainan video FIFA 16 ini hanya akan diterbitkan untuk PS3,PS4, Xbox 360, Xbox One dan PC sahaja. Namun, masih tiada perkahabaran tentang konsol Wii dan Wii U, namun penulis menjangkakan EA akan turut mengeluarkan FIFA 16 untuk versi konsol Nintendo tersebut.
Penulis juga masih belum mendapat apa-apa perkhabaran tentang keluaran edisi istimewa (collectors edition) FIFA 16, namun apa yang hampir pasti, bakal terdapat edisi pukal (bundle edition) FIFA 16 bersama PS4 dan Xbox One. Menyentuh soal pre-order, EA dijangka bakal memberikan bonus istimewa kepada mereka yang menbeli versi tersebut.
Nota penulis: Biasanya versi bundle dan pre-order bakal disertakan dengan bonus DLC dan Super Gold Pack untuk mod FUT. Jadi, jika anda kaki FUT dan FIFA online seperti penulis, jangan lupa untuk membuat pre-order untuk menikmati keistimewaan ini.
Penutup
coverdseign
Sebelum penulis mengakhiri artikel ini, mungkin ada tertanya-tanya siapa yang bakal menjadi cover kepada FIFA 16, bukan? Yang pastinya, pada hemat penulis wajah Lionel Messi sekali lagi bakal menjadi menghiasi kulit luar permainan FIFA 16 kerana Messi sudah mengikat kontrak jangka masa panjang bersama EA. Namun, Messi mungkin ditemani beberapa bintang lain seperti Hazard dan Kane (untuk pasaran UK) dan mungkin juga Clint Dempsey (untuk pasaran US).
Namun, di sudut hati penulis, elok juga jika wajah Messi digantikan dengan Neymar, Suarez mahupun Zlatan Ibrahimovic. Cristiano Ronaldo? Mungkin wajah beliau akan menghiasi muka depan PES 2016 !

Sunday 10 May 2015

sejarah perkembangan bola sepak kedah(hijau kuning)

Tahun 1900 Bola sepak diperkenalkan oleh orang Inggeris yang tinggal di Negeri Selat. Selain itu terdapat juga wakil Inggeris yang berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kedah telah berusaha mempopularkan bola sepak.
Tahun 1908
E.A.G Stewart, pengusaha pelajaran Kedah telah berusaha memperluaskan permainan bola sepak apabila "Government English School" dibuka.
Tahun 1918
Piala Tengku Sulong diperkenalkan dan Piala Tahunan Ham dipertandingkan antara Kedah dan Pulau Pinang.
Tahun 1920"HMS Malaysia Cup" diperkenalkan. Pasukan Kedah memenangi "Piala HAM. "Police Football Club"", Eric Football Club", "Perak Baru Football Club", "Kanchut Football Club" dan "Custom Football" ditubuhkan.
Tahun 1921
"Malaya Cup" diperkenalkan.
Tahun 1924
Persatuan Bola Sepak Kedah ditubuhkan. YTM Tengku Yaakob sebagai presiden dan Encik Samsudin sebagai setiausaha.
Tahun 1930
Kedah menghantar pasukan bola sepak ke pertandingan "Malaya Cup". Kedah berjaya ke pertandingan akhir "Malaya Cup" menentang Singapura pada tahun 1940. Kedah tewas 0-2.
Tahun 1948
Kedah memenangi Piala Emas Raja-Raja dengan menewaskan Singapura dengan 2-0.
Tahun 1949
Kedah memenangi Piala Emas Raja-Raja dengan menewaskan Perak dengan 1-0.
Tahun 1952
Kedah berjaya menjadi johan Piala Emas Raja-Raja dengan menewaskan Perak 4-1. Pertandingan kalah mati "Piala FAM" dimulakan.
Tahun 1953
Kedah menewaskan Negeri Sembilan 4-1 untuk menjadi johan Piala Emas Raja-Raja.
Tahun 1962
Tuan Syed Hood dilantik sebagai ketua pasukan belia Malaysia dan Stadium Darul Aman siap dibina.
Tahun 1967"Malaya Cup" ditukarkan kepada "Malaysia Cup".
Tahun 1977
Pertandingan bola sepak antara daerah-daerah diadakan.
Tahun 1980
Michael D.Everest, jurulatih dari England diambil untuk memberi latihan kepada pasukan Kedah.
Tahun 1984 Dato Ahmad Basri Akil dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Petugas dan juga sebagai Timbalan Pengurus Pasukan.
Tahun 1985
YAB Dato Seri Haji Osman Aroff dilantik menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Dato Ahmad Basri dilantik menjadi pengurus dan Tuan Haji Ahmad Shafie dilantik sebagai jurulatih pasukan Kedah.
Tahun 1987
  • Sultan Kedah merasmikan Kompleks Sukan Muadzam Shah yang berharga RM2.7 juta pada 2-2-1987.
  • Kedah mencipta sejarah dengan menewaskan Pahang 2-0 untuk menjadi juara bola sepak MSSM bawah 18 tahun di Kejohanan Piala Rahman di Alor Setar pada 12-4-1987.
  • Kedah menjadi naib johan bola sepak Piala Razak dan tewas kepada Pahang 1-3 di Stadium Merdeka pada 3-8-1987.
  • Lagu Hijau Kuning mulai diperdengarkan kepada orang ramai, ciptaan Freddie Fernandez dan lirik oleh Dato Ahmad Basri Akil pada 9-9-1987.
  • Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 1987 Kedah tewas 0-1 kepada Kuala Lumpur pada 17-10-1987.
  • Radhi Mat Din dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir 1987 pada 17-10-1987.
Tahun 1988
  • Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan peruntukan sebanyak RM6 juta untuk kerja pengubahsuaian Stadium Darul Aman pada 2-6-1988.
  • Kedah tewas 0-3 kepada Kuala Lumpur dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada 2-6-1988.
  • Kedah menjadi juara Piala FAM-MSSM-Milo bawah 16 tahun di Stadium Ipoh, Perak. Kedah menewaskan Perak 2-1 pada 21-12-1988.
Tahun 1989
  • Tuan Haji Syed Hood Barakbah dilantik sebagai Pengarah Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Kedah pada bulan Januari.
  • PKNK menjadi kelab pertama dari Kedah yang berjaya memasuki perlawanan akhir Piala FAM dan muncul sebagai juara menewaskan DBKL 1-0 pada 5-3-1989.
  • Sharp Roxy menjadi penaja pasukan bola sepak Kedah, pasukan bola sepak yang pertama di Malaysia dan Asia yang ditaja oleh syarikat berkenaan pada 26-3-1989.
  • Milous Kvacek mulai berkhidmat sebagai jurulatih pasukan separuh professional Kedah pada 7-4-1989.
  • Dato Seri Syed Nahar Syed Syeh Shahabudin dianugerahkan sebagai "Tokoh Istimewa Pembangunan Bola Sepak Kedah" oleh KFA pada 27-4-1989.
  • Eric Amsler diterima menjadi pemain import pertama Kedah pada 27-4-1989.
  • Kedah menjadi juara bola sepak Persatuan Bola Sepak China Malaysia (MFCA). Kedah menewaskan Selangor 4-1 di Stadium Darul Aman pada 22-5-1989.
  • Kedah berjaya mendapat khidmat Rincic Bratislav daripada kelab "Radnicki Nis Yugoslavia" dan V.Sundram Moorthy dari kelab "Old Boys of Basel Switzerland" pada 1-6-1989.
  • Kedah menewaskan Sarawak 4-1 di Stadium Darul Aman. Seterusnya menduduki tangga ke-3 dan berjaya merangkul hadiah wang tunai RM75,000 dalam Liga Semi-Pro 1989 yang pertama kali diperkenalkan pada 27-10-1989.
  • Slogan "Pulun Kedah Pulun" dilancarkan di Wisma FAM Kelana Jaya oleh Kelab Peminat Kedah (KEPAK) pada 1-12-1989.
  • Kedah muncul sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 Tahun Kebangsaan di Seremban dengan Kedah menewaskan Perak 2-1 pada 29-11-1989.
  • Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 1989, Kedah tewas lagi kepada musuh tradisi perlawanan akhir Kuala Lumpur 1-2 dan memenangi Piala Fair Play pada 3-12-1989.
Tahun 1990
  • Kedah mencatat sejarah di arena bola sepak negara setelah muncul sebagai juara Piala Malaysia 1990 di Stadium Merdeka dan memenangi Piala Fair Play pada 15-12-1990.
  • Lee Kin Hong dianugerahkan sebagai pemain terbaik semi-pro 1990 pada 15-12-1990.
  • KFA melancarkan projek pembangunan bola sepak menjelang tahun 2000 pada 30-12-1990.
Tahun 1991
  • Kedah memenangi Piala Sumbangsih dengan mengalahkan Singapura 2-1.
  • Kedah gagal melayakkan diri ke pertandingan Piala Malaysia dan jatuh ke Divisyen Dua Liga Semi-Pro.
Tahun 1992
  • Kedah dilatih oleh Robert Rene Albert telah menjuarai Divisyen Dua Liga Semi-Pro 1992 dengan rekod tanpa kalah, juga menjadi pasukan pertama dari Divisyen Dua layak ke pertandingan akhir Piala Malaysia menentang Pahang, tewas 0-1.
  • Peter Nieketien, Tibor Szabar dan Olunbumi Adigun telah mewakili pasukan Kedah (1992-93).
Tahun 1993
  • Kedah juara Divisyen Satu Liga Semi-Pro 1993 dan menjuarai Piala Malaysia 1993 dengan menewaskan Singapura 2-0.
Tahun 1994
  • Kedah ditewaskan Pahang 1-2 pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia, Kedah menduduki tempat kedua dalam kedudukan Liga Perdana, Kedah memenangi Piala Sumbangsih dan Kedah Juara Piala Milo bawah 18 tahun.
  • Pemain import Kedah ialah Olunbunmi Adigun, Tibor Szaban dan Jan Janostak.
Tahun 1995
  • Kedah menduduki tempat ke-4 dalam Liga Perdana 1995 dan Kedah menjadi naib juara Piala Milo bawah 18 tahun.
  • Pemain import Kedah ialah Jan Janostak, Tibor Szaban dan Philippe N Dioro yang menggantikan Tony Gaspareto.
Tahun 1996
  • Liga Semi-Pro diganti dengan Liga Malaysia (Liga M)
  • Mosthakeen Omar dilantik sebagai jurulatih Kedah.
  • Kedah menjadi juara Piala FA 1996 dengan menewaskan Sarawak 1-0, kedah menjadi naib juara Liga Perdana 1996, juara Piala Emas Raja-Raja dengan menewaskan Perlis 1-0 dan juara Piala Agung tewaskan Kelantan.
  • Kedah gagal layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.
  • Pemain import Kedah ialah Kane Mamadou dan Andre Luis Nascimento. (hanya dua pemain import dibenarkan untuk setiap pasukan negeri)
Tahun 1997
  • YAB Datuk Seri Sanusi bin Junid (Menteri Besar Kedah) telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman (KFA), Dato Haji Shafie merangkap setiausaha kehormat KFA dan Dato Syed Azizan Al-Idrus dilantik sebagai pengurus pasukan Kedah.
  • Pemain import Kedah ialah Andre Luis Nascimento, Kane Mamadou dan Carlos Roberio
  • Perlawanan pembukaan (Piala Sumbangsih), pasukan kedah tewas kepada Selangor 0-2 pada 5-4-

johor darul takzim vs borussia dortmund

Shinji Kagawa Dan Larkin

Pemain tengah Jepun dan Borussia Dortmund , Shinji Kagawa tidak sabar untuk bertandang ke Larkin untuk aksi persahabatan di antara JDT vs Borussia Dortmund pada 9 Julai ini. Ini kerana Stadium Larkin mendapat tempat istimewa di hati bintang Dortmund itu di mana di stadium itulah Jepun buat pertama kali layak ke pentas Piala Dunia iaitu pada tahun 1998 setelah menumbangkan Iran 3-2 dalam perlawanan penentuan.Kagawa bertekad mempamerkan aksi terbaiknya bersama Dortmund di Larkin nanti sebagai tanda penghargaan kepada stadium yang menyaksikan sejarah terpahat dalam arena bolasepak Jepun.

JDT vs Borussia Dortmund
9 Julai 2015 / 8 45 mlm
Stadium Larkin.

sejarah mata wang

INFO MENGENAI MATA WANG.
Perkataan RINGGIT adalah berasal dari perkatan 'BERGERIGI' atau corak bergigi yang ada di keliling wang perak dollar portugal yang di gunakan pada era abad 16 - 17 dulu.
Ringgit dan Sen di gunakan secara rasmi di Malaysia mulai 1975 .
Di Utara nilai sen di panggil Kupang atau det seperti Sekupang untuk 10 sen dan 5 det untuk 5 sen.Det asal nya dari perkataan duit manakala Kupang pula adalah di ambil dari nama sejenis siput di mana kulit nya pernah di gunakan sebagai mata wang pada zaman dulu..
Malaysia pernah ada wang kertas bernilai RM500 dan RM1000 tetapi telah di hentikan penggunaan nya pada tahun 1999.



mothers day

, Dear mother read this
People say I was born from my belly! (Not people said, it is true)
       
When thirsty, the river I ....mom
When hungry, you feed me ...... Mom
   
When alone, which is always at my side ..... Mom
Mak said, the first words that I say ...... Mom
When I wake up, I find ....... Mom.
   
When crying, the first person to come ....... Mom
   
If you want to be spoiled, I approached ....... Mom
       
If you want to grind, I sat next to ........ Mom.
       
When sad, that can be sought only ....... Mom
   
When a rogue, who scolded me ........ Mom
If sulks, who sought only ........ Mom
 
If you make a mistake, the most rambunctious ........ Mom
If the fearful, the calm me ......... Mom
When to hug, hug ........ I Like Mom
I always thought about ........ Mom
When sad, I must phone ......... Mom
     
When the fun, the first person I want to tell ....... Mom
When the wide-open, I like sickness on ......... Mom
When frightened, I always call .......... "Mommmmm!!!!
 
When ill, people are most worried about is ........ Mom
When I exam, the busiest person also ........ Mom
     
When you do this, I used to be angry ........ Mom.
   
If there is a problem, the most worrying .......... Mom.
Which still hug and kiss me until today ......... Mom
The food is always cooked delight ....... Mom
   
Then back to the village, which always provide fish and side dishes ........Mom
Always store and pack the goods I .......... Mom
Which is always nagging at me ......... Mom.
   
I always praise ......... Mom.
I always advise ....... Mom.
When to marry, and the first person I see ......... Mak instructions.
Speech mak charms "Let people I love you love you ..... Mom"
Now I have my own life partner.
   
When fun, I find, My spouse.
When sad, I find, Mom
If successful, I tell, My spouse.
If it fails, I tell, Mom.
   
When happy, I hug tightly, My spouse.
When grieving, I hug tightly, momm
     
When going on vacation, I take it, My spouse.
When busy, I send the children home, mom
When you celebrate a birthday, I think for the prize on My spouse!
When you celebrate mother's day, I just say "Happy Mother's Day"!
 
Always, I remember my partner!
Always, Kat Mak remember me!
Whenever, I'll phone my partner!
Somehow when I want to call mom!
Always, I bought a gift for my partner!
Somehow when I want to buy a gift for my mother!
Meditation:
"When you've finished studying and working, can you send money to mak
"I do not want much, fifty dollars a month was enough."
Loose tears when we hear it.
But if the mother is gone.
"MOOOMMMMMMM!!!!  Miss u so much
  
How many are willing to feed his mother!
How many are willing to wash the vomit her mother!
How many are willing to replace her diaper! How many are willing to clean up the excrement of his mother!
How many are willing to throw maggots to clean wounds and sores mother!
How many are willing to quit her job to take care of his mother!
And finally how many people pray for her mother FUNERAL!
<<<<<< >>>>>>>>