Sunday, 13 September 2015

5 PERKARA YANG MENGUJAKAN TENTANG FIFA 16


Setakat artikel ini ditulis ini, EA masih belum mengumumkan tarikh spesifik penjualan FIFA 16. Namun, berdasarkan pengalaman yang lepas penulis mengganggarkan ia bakal dijual di pasaran pada bulan akhir bulan September 2015, dan mungkin tiba di pasaran Malaysia pada awal bulan atau minggu kedua bulan Oktober 2015.
Berdasarkan pengalaman yang lalu, FIFA 13, FIFA 14 dan FIFA 15 mula dijual pada tarikh 23 hingga 25 September, iaitu selepas selesai jendela perpindahan pemain dan semua jersi baru pasukan bertanding sudah disahkan.
Nota Penulis: Biasanya untuk pasaran permainan video dalam rantau ini, semua stok akan tiba di Hong Kong terlebih sebelum diedarkan ke seluruh Asia termasuk untuk pasaran Singapura & Malaysia.
2. Ciri terbaru
gamespace 2
Antara ciri terbaru menarik yang dicanang-canang bakal disertakan dalam FIFA 16 adalah mode karier (career mode) yang disertakan dengan jalan cerita (storyline). Mod ini dikatakan bakal menyamai mod My Player yang disertakan dalam permainan MLB The Show dan NBA 2K15.
Jika dahulu mod ini agak ringkas dan hanya membenarkan anda memilih kelab berubah dari pemain kepada pengurus kelab sesudah bersara, mod terbaru ini bakal menyaksikan anda benar-benar hidup seperti pemain sebenar dan mempunyai jalan ceritanya yag tersendiri. Dalam mod ini, anda dijangka perlu melatih diri sendiri ke arah menjadi pemain bola yang hebat untuk mendapatkan kontrak kelab-kelab besar.
Lebih menarik, laman web EA pernah mengiklankan jawatan Narrative Designer (pereka penceritaan) yang bertanggung jawab untuk memastikan pengalaman pemain digarap dengan baik dalam bentuk sebuah cerita, mempunyai tugas yang besar dalam menentukan kejuaraan pasukan serta memastikan skrip, perbualan yang memberikan kesan emosi yang mendalam kepada pemain.
 3. Versi Percubaan (Beta Version)
fifa16news
Berita baik untuk mereka yang mempunyai akaun EA Access. Terdapat kemungkinan besar yang FIFA 16 versi Beta juga bakal dilancarkan lebih awal dari penjualan permainan yang sebenar. Penulis menjangkakan versi Beta ini akan dilancarkan 5 hari lebih awal dari versi utama dengan 6 jam sesi percubaan, seperti mana yang dilakukan dengan permainan Madden NFL 15 dan FIFA 15 tahun lalu.
Nota penulis: Maaf kepada pemilik PS3, PS4 dan Nintendo ! EA Access hanya diberikan kepada pengguna Xbox One. Pemilik konsol lain tak akan dapat merasa beta version ini. Ia adalah hak ekslusif Microsoft dan EA
 4. Penambah baikan yang perlu dilakukan kepada sistem FUT (FIFA Ultimate Team)
whatculture
Jika anda peminat FIFA seperti penulis, anda akan tahu betapa ketagihnya bermain mod ini dalam permainan FIFA. Tidak keterlaluan jika penulis katakan hampir 80% masa penulis bermain permainan FIFA online adalah dalam mode ini.
FUT adalah ciri paling mengasyikkan dalam permainan FIFA. Terdapat juga desas-desus yang mengatakan bahawa EA mungkin akan mengasingkan ciri ini dari permainan FIFA dan menwujudkan FUT sebagai jenamanya yang tersendiri seperti mana yang berlaku dengan judul FIFA World.
ea
Walau apapun, EA seharusnya menjawab desakan peminat-peminat tegar FUT agar ciri Price Range Update dimansuhkan dalam FIFA 16. Walau bagaimanapun, bukan itu sahaja yang penulis rasakan perlu diperbaiki. Hal-hal lain termasuklah dari segi pemasaran pemain, gameplay dan customization.
Alangkah baiknya jika dalam FUT FIFA 16 terdapat ciri-ciri tambahan kecil lain seperti pembinaan stadium, penciptaan logo dan rekaan jersi sendiri. Mungkin bagi kalian ia ada kedengaran seperti ciri-ciri customization dalam siri PES, namun ia tidak mustahil untuk EA laksanakan. Ia bakal memberi lebih kepuasan kepada pemain.
Nota penulis: baru setengah jam selepas artikel ini ditulis, penulis mendapat update dari Twitter yang FIFA Price Range Update telah dihapuskan sama sekali dalam FIFA 16 !
 5. Konsol
wiiuudaily
Setakat artikel ini ditulis, permainan video FIFA 16 ini hanya akan diterbitkan untuk PS3,PS4, Xbox 360, Xbox One dan PC sahaja. Namun, masih tiada perkahabaran tentang konsol Wii dan Wii U, namun penulis menjangkakan EA akan turut mengeluarkan FIFA 16 untuk versi konsol Nintendo tersebut.
Penulis juga masih belum mendapat apa-apa perkhabaran tentang keluaran edisi istimewa (collectors edition) FIFA 16, namun apa yang hampir pasti, bakal terdapat edisi pukal (bundle edition) FIFA 16 bersama PS4 dan Xbox One. Menyentuh soal pre-order, EA dijangka bakal memberikan bonus istimewa kepada mereka yang menbeli versi tersebut.
Nota penulis: Biasanya versi bundle dan pre-order bakal disertakan dengan bonus DLC dan Super Gold Pack untuk mod FUT. Jadi, jika anda kaki FUT dan FIFA online seperti penulis, jangan lupa untuk membuat pre-order untuk menikmati keistimewaan ini.
Penutup
coverdseign
Sebelum penulis mengakhiri artikel ini, mungkin ada tertanya-tanya siapa yang bakal menjadi cover kepada FIFA 16, bukan? Yang pastinya, pada hemat penulis wajah Lionel Messi sekali lagi bakal menjadi menghiasi kulit luar permainan FIFA 16 kerana Messi sudah mengikat kontrak jangka masa panjang bersama EA. Namun, Messi mungkin ditemani beberapa bintang lain seperti Hazard dan Kane (untuk pasaran UK) dan mungkin juga Clint Dempsey (untuk pasaran US).
Namun, di sudut hati penulis, elok juga jika wajah Messi digantikan dengan Neymar, Suarez mahupun Zlatan Ibrahimovic. Cristiano Ronaldo? Mungkin wajah beliau akan menghiasi muka depan PES 2016 !

No comments:

Post a Comment